.




more to come..




















lokasi : Puncak Gunung Kinabalu
Program : Hati Kembara
       


TENTATIF PERGERAKAN 'HATI KEMBARA MENAWAN PUNCAK KINABALU'

HARI PERTAMA
0630  berlepas dari LCCT Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu
0900  jangkaan tiba di Kota Kinabalu
1000  bertolak ke Kinabalu Park ( Kundasang )
          * bergantung kepada ketepatan waktu tiba kenderaan di KK
1400  Check-in di Sutera Sanctuary Lodge Kinabalu Park
1730  taklimat ringkas
1800-2100 makan malam di Balsam cafe
2100----- masa sendiri ( buat persiapan untuk mendaki, senandung malam )
## makan & minum ditanggung sendiri oleh peserta bermula daripada bertolak dari KL sehingga Check-in
     di Sutera Sanctuary Lodge.
** Tnggungan penganjur terhadap makan&minum peserta selama 3h2m bermula setelah Check-in
     di Kinabalu Park dan Chek-out pada hari tamat pendakian.
@@ sebelum dan selebih daripada waktu tersebut diatas, makan dan minum peserta adalah tanggungan
         sendiri.

HARI KEDUA
0515            bangun, solat. Persiapan diri.
0700            sarapan di Balsam Cafe, ( ambil bekalan Lunch )
                    - urusan mengambil guide, pendaftaran dsb. ( penganjur )
                    - bertolak ke Timpohon Gate.
0900            dijangka mula mendaki.
1400            dijangka sampai di Laban Rata
1600           makan malam awal ( di Cafe Laban Rata )
                   - Check-in di Hostel Laban Rata
                   - masa sendiri, rehat dan persediaan. Tidur

HARI KETIGA
0100           Bangun tidur, persediaan.
0200           Early Supper ( makan awal untuk tenaga ke puncak )
0230           Mula mendaki ke puncak
0500-0600 Dijangka tiba di puncak ( mengikut Keupayaan )
0700          mendaki turun ke Laban Rata
1030          masa terakhir untuk Check-out dari Hostel Laban Rata
                  * sarapan pagi di Cafe Laban Rata
                  * mendaki turun ke Timpohon Gate
1300-1630 jangkaan masa peserta2 tiba di Timpohon gate.
                   * target masa tiba di kaki gunung sebolehnya sebelum jam 4:30 petang
                      (makan tghari disediakan sehingga jam 4:30, jika terlewat, rakan2 yang awal akan tapawkan)
                   * urusan mengambil sijil.
1730          Bertolak ke Kota Kinabalu
2000          Singgah makan malam, Check-in di Hotel
                   * berehat, senandung malam.

HARI KE EMPAT
0730         Bertolak ke Jeti Pasar Ikan
0800         menaiki bot ke Pulau Mamutik, Manukan, Sapi
                 * harga makanan di pulau2, ada yang berpatutan dan ada yang mahal. jadi gunakan inisiatif sendiri
                    untuk bekalan makanan sepanjang berekreasi di pulau.
                  - lawatan ke SMK PULAU GAYA. 
                  ( aktiviti di pulau mungkin menganjur sehingga petang )
1700         bertolak balik ke Kota Kinabalu melalui Jeti Pasar Ikan. 
                 * masa sendiri, aktiviti yang tersedia :
                    - pasar malam, setiap malam. shopping. pasar Philiphine
                    - pasar makan, byk seafood
                    -saantai...
MASA SENDIRI
                
HARI KE LIMA ( AKHIR )
-----        bangun pagi
                - masa sendiri
                - nak jalan2, sambung shopping, di pasar Philiphine, silakan...
1200       Check-out Hotel
                - City Tour, Muzium Sabah, Yayasan Sabah dsb.
                - menghayati pemandangan matahari terbenam dari Tanjung Aru,
                - makan malam,
1900        Bertolak ke Airport
2100        Bertolak balik ke Kuala Lumpur.


++ Persediaan Program ++

 kasut yang sesuai, untuk mendaki,
( kasut menoreh, antara pilihan pendaki2 berpengalaman, amat murah dah tahan lasak. Harga dibawah RM 10. – rujuk penganjur. )

- baju sejuk, ( kundasang hingga ke puncak kinabalu adalah kawasan beraltitud tinggi, suhu sekitar 19 – 3 darjah celcius. Malah boleh mencecah tahap beku di puncak, berdasarkan cuaca.)

- head lamp, lampu suluh kepala, wajib kerana akan mendaki ke puncak awal pagi, gelap.
- Sarung tangan, disyorkan beli di Winter Time @ universal Traveller. Suhu sgt sejuk di puncak. Cari yg waterproof, sekitar RM 20-60. sepasang.( Pakai sarung tangan nipis di dalam. Optional )

- Sarung kaki, bawa lebih dan yang tebal untuk mengurangkan kesan sejuk.

- Snow Cap @ face cover, untuk mengurangkan sejuk pada cuping telinga, mulut, hidung sewaktu di puncak.

- Parasitamol, disyorkan Panadol Actifast, agak efektif untuk mengurangkan AMS,( Acute Mountain Sickness ).

- Ubat-ubatan peribadi, dan yang difikirkan perlu.

- Camera, jangan lupa, untuk merakamkan kenangan dan pemandangan indah.

- Botol Air, setiap pondok rehat sepanjang pendakian terdapat sumber air yang boleh diambil untuk minuman. Dari Timpohon – Laban Rata ( 6 pondok +-)

- Makanan sumber tenaga, coklat dsb.

- Daypack, ( beg harian ) kita tidak membawa barang yang byk untuk ke laban rata dan ke puncak. Hanya barang-barang diatas. Jangan yang terlalu kecil.

- Tongkat, optional, tetapi amat membantu ketika mendaki dan menuruni gunung. Boleh di beli di kinabalu park dgn harga RM3/sebatang

LAIN-LAIN ( optional )
- pakaian yang sesuai untuk snorkeling
- sun burn lotion,

##Nota-nota makluman.
- sleeping bag, tidak perlu. Sutera Habour menyediakan tempat tidur yang selesa di kinabalu park dan juga di Gunting Lagadan. ( dengan tilam dan selimut tebal )
- peserta boleh membawa telefon bimbit, digital camera beserta charger bateri kerana Sutera Habour menyediakan kemudahan plag bekalan elektrik yang lebih dari mencukupi. Terutama di kinabalu park.

- Liputan untuk telefon bimbit agak baik, walaupun sehingga ke puncak kinabalu.

- Tidak perlu memakai pakaian tebal ketika mendaki dari timpohon ke laban rata. Pakaian tebal hanya untuk pendakian dari laban rata ke puncak kerana suhu sgt sejuk.

- Tidak perlu membawa pakaian santai terlalu byk, mungkin tak sempat nak pakai. 
- Lain-lain pertanyaan atau kemusykilan sila rujuk kepada penganjur xpdc, En Ahmad Nazri 012-2740252

** HARGA PAKEJ **
      RM 1200, termasuk :
 - TIKET PENERBANGAN PERGI DAN BALIK KL-KK-KL
 - PAKEJ MENDAKI 3H2M TERMASUK MAKAN MINUM
 - BAYARAN GUIDE, ENTRANCE FEE, CLIMBING PERMIT, INSURANCE, SIJIL.
 - PENGANGKUTAN ( VAN ) SEPANJANG PROGRAM
 - HOTEL PENGINAPAN DI KOTA KINABALU
 - ISLAND HOPPING ( BOT ) BESERTA SEWAAN ALATAN SNORKEL
 - CAJ PERKHIDMATAN OLEH PENGANJUR ( kos pengurusan, bil telefon dsb. )

# SEBARANG SOALAN, KEMUKAKAN DI RUANGAN KOMEN.
lokasi : Rumah Warisan, Muzium Sabah.
            Kunjungan Ilmu


lokasi : Pulau Sapi, Kota Kinabalu, Sabah
agenda : Snorkeling


lokasi : SK Puchong Indah
lokasi : Tasik Puchong Perdana

lokasi : SK Puchong Indah
            ( Peperiksaan Akhir Tahun )
lokasi      :  Dewan terbuka SK Puchong Indah
Program  :